Thursday, 22 December 2011

Monday, 12 December 2011

TEORI muzik






















Persembahan Nyanyian dan Genderang Pelajar Tahun 3
Sekolah Perempuan Methodist Klang

Dengan Bimbingan Puan Kartina,Cik NorHasmani Dan Puan Siti Norsiah



Tarian Lagu 1 Malaysia





Kids Songs

2                Old MacDonald Had A Farm



                                                                         Twinkle Twinkle Little Star




                              Ducky's 123s


                                                                             London Bridge Is Falling Down




                     The Dancing Christmas Tree


Wednesday, 7 December 2011

Koleksi Lagu Pendidikan Muzik Tahun Dua



                                           

                                                      
  















Sunday, 4 December 2011

Alat-Alat Perkusi

    

              KASTENET



         

         KERINCING


          

MELODIAN



TAMBORIN



DRUM TENOR






KAYU TIK TOK





Thursday, 1 December 2011

PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

1.Asas Muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melakukan ekspresi diri, kecenderungan seperti ini hendaklah dikendalikan dengan baik, akan dapat memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

2.Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping dapat memupuk nilai sosialisasi di kalangan murid. Dari segi kognitif pula murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik yang asas.

3.Bagi murid tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecederasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.Dari aspek sosialisasi pula, aktiviti menyanyi dan bergerak serta memainkan alat perkusi atau genderang secara berkumpulan akan memberi kesempatan kepada mereka berkomunikasi dan berinteraksi rakan sebaya serta dapat mengamalkan nilai-nilai murni di samping sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

4.Disamping itu juga terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan serta pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri mereka.
Pendidikan Muzik

MENGENALI NOT-NOT DAN 'BEAT' MUZIK

Dalam Pendidikan Muzik,kita perlulah mengenali not-not muzik.

-DO
-RE
-MI
-FA
-SO
-LA
-TI
-DO


Inilah antara not-not yang paling asas,tentunya anda sudah tahu.

Dalam Pendidkan Muzik,terdapat beberapa 'beat' yang perlu juga anda tahu. Iaitu:-



Tahniah kerana telah mengetahui SOLFA bermula dari Do hingga So. Sebenarnya, setiap tangganada hanya ada 8 not sahaja iaitu do-re-mi-fa-so-la-ti-do. Sebagai contoh tangganada asas
'C Major' - C-D-E-F-G-A-B-C


SOLFA

*Satu sistem yang menguasai bunyi yang sangat berkesan. Seseorang yang menguasai Solfa akan dapat menyanyi dengan hanya berpandukan skor tanpa alat muzik. Pencipta lagu yang boleh menguasai solfa tidak memerlukan bantuan alat muzik untuk mencipta.

* Solfa dapat dikuasai dengan bantuan tanggasolfa.


Dalam konteks Pendidikan Muzik, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

Tuesday, 22 November 2011

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Muzik Sekolah Rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;

Modul Pengalaman Muzikal

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.

Modul Penghasilan Muzik

Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

Modul Apresiasi Muzik

Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.

Monday, 21 November 2011

OBJEKTIF KURIKULUM MUZIK SEKOLAH RENDAH

kurikulum Muzik Sekolah Rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
1. Mengaplikasikan kemahiran Muzik menerusi nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

2. Mengaplikasikan pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

3. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

4. Membaca dan menulis notasi muzik,

5. Menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal

6. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

Wednesday, 2 November 2011

Monday, 17 October 2011

Kids Song

Chan Mali Chan
         Nenek Si Bongkok Tiga
   
Rasa Sayang
Jong-jong Inai

Malaysia Berjaya Lagu & Lirik















Sunday, 16 October 2011

Pengajaran Dunia Muzik Sekolah Rendah

Mata pelajaran muzik biasanya dinanti-nantikan oleh murid setelah seharian penat belajar mata pelajaran teras. Nyanyian Gerakan dan Permainan Alat Perkusi adalah aktiviti muzik yang dapat menarik minat murid. Mereka dapat meluahkan perasaan daripada lagu sambil menghayatinya. Lebih-lebih lagi dapat bermain dengan alat-alat perkusi atau genderang yang boleh menghasilkan pelbagai jenis bunyi, samada tinggi ataupun rendah.Membuat gerakan mengikut tempo lagu serta detik lagu yang dinyanyikan. Bergerak mengikut lirik lagu atau bergerak bebas dapat menghasilkan kreativiti di kalangan murid. Disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang baik ke arah perkembangan diri yang seimbangdari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.