Kurikulum Muzik Sekolah Rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum berikut;
Modul Pengalaman Muzikal
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.
Modul Penghasilan Muzik
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.
Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.
No comments:
Post a Comment