1.Asas Muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melakukan ekspresi diri, kecenderungan seperti ini hendaklah dikendalikan dengan baik, akan dapat memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
2.Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping dapat memupuk nilai sosialisasi di kalangan murid. Dari segi kognitif pula murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik yang asas.
3.Bagi murid tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecederasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.Dari aspek sosialisasi pula, aktiviti menyanyi dan bergerak serta memainkan alat perkusi atau genderang secara berkumpulan akan memberi kesempatan kepada mereka berkomunikasi dan berinteraksi rakan sebaya serta dapat mengamalkan nilai-nilai murni di samping sikap bekerjasama di antara satu sama lain.
4.Disamping itu juga terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan serta pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri mereka.
Thursday, 1 December 2011
Pendidikan Muzik
MENGENALI NOT-NOT DAN 'BEAT' MUZIK
Dalam Pendidikan Muzik,kita perlulah mengenali not-not muzik.
-DO
-RE
-MI
-FA
-SO
-LA
-TI
-DO
Inilah antara not-not yang paling asas,tentunya anda sudah tahu.
Dalam Pendidkan Muzik,terdapat beberapa 'beat' yang perlu juga anda tahu. Iaitu:-
Tahniah kerana telah mengetahui SOLFA bermula dari Do hingga So. Sebenarnya, setiap tangganada hanya ada 8 not sahaja iaitu do-re-mi-fa-so-la-ti-do. Sebagai contoh tangganada asas
'C Major' - C-D-E-F-G-A-B-C
SOLFA
*Satu sistem yang menguasai bunyi yang sangat berkesan. Seseorang yang menguasai Solfa akan dapat menyanyi dengan hanya berpandukan skor tanpa alat muzik. Pencipta lagu yang boleh menguasai solfa tidak memerlukan bantuan alat muzik untuk mencipta.
* Solfa dapat dikuasai dengan bantuan tanggasolfa.
Dalam konteks Pendidikan Muzik, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

Subscribe to:
Posts (Atom)