Thursday, 1 December 2011

PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

1.Asas Muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melakukan ekspresi diri, kecenderungan seperti ini hendaklah dikendalikan dengan baik, akan dapat memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

2.Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping dapat memupuk nilai sosialisasi di kalangan murid. Dari segi kognitif pula murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik yang asas.

3.Bagi murid tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecederasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.Dari aspek sosialisasi pula, aktiviti menyanyi dan bergerak serta memainkan alat perkusi atau genderang secara berkumpulan akan memberi kesempatan kepada mereka berkomunikasi dan berinteraksi rakan sebaya serta dapat mengamalkan nilai-nilai murni di samping sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

4.Disamping itu juga terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan serta pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri mereka.

No comments:

Post a Comment